Stieg Larsson

Karl Stig-Erland "Stieg" Larsson (15 Ogos 1954 – 9 November 2004) adalah seorang wartawan dan penulis dari Sweden. Beliau dikenali kerana menulis trilogi novel jenayah Millenium yang diterbitkan selepas kematiannya dan diadaptasikan sebagai filem.Beliau merupakan penulis kedua terlaris di dunia pada tahun 2008 selepas Khaled Hosseini.[1] Siri karya tunggal Millenium-nya ini telah dijual sebanyak 80 juta salinan di seluruh dunia.[2]